Saturday 19 May 2012

LIFE : Stress..!! Bayern..:(

Assalamualaikum n HELLo there..:)




Final UEFA Champions League 2012 antara Chelsea ngan Bayern Munich tadi sumpah mendebarkan..dalam gntok2 aku td..hati aku nih troz berdebar..sape y tgok td mesti rase ape y aku rase..haha..walaupon agak kecewa..team fevret aku kalah ( tahniah chelsea =.=)..game td da mcm drama melayu dah..chelsea menang ngn penentuan penalti..bayern leading pd minit ke 78..walaubagaimanapon drogba muncul hero setelah berjaya menyamakan kedudukan..ok ni analisa perlawanan drama melayu td..^^


Analisis Perlawanan Akhir Chelsea vs Bayern Munich

Babak pertama menyaksikan perlawanan kurang menarik kerana tiada sebarang gol dijaringkan oleh kedua dua pasukan. Perlawanan menjadi menarik setelah bermulanya babak kedua. Corak permainan ternyata berubah dengan Bayern Munich melancarkan serangan dan Chelsea tampak seperti cuba memperlahankan dengan mengawal bola.

#Minit ke 78, gol Ribery dibatalkan kerana offside.

#Minit 88 : Thomas Muller menyumbat gol pertama buat Bayern Munich dengan menanduk bola masuk ke gawang Chelsea. Kedudukan 1-0

#Minit ke 88 , Drogba menghukum pertahanan Bayern Munich dengan menanduk bola masuk ke gawang melalui hantaran Mata.

#Kedudukan tampak seperti akan seri sehingga minit ke 93 apabila Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti saat akhir . Namun, agak tragis kerana sepakan Arjen Roben diselamatkan oleh Peter Cech dan perlawanan diheret ke masa tambahan. Seharusnya Chelsea berterima kasih kepada Peter Cech kerana menyelamatkan mereka dari dimalukan pada perlawanan akhir.

#Tamat Extra Time, tiada sebarang gol berjaya dicipta memaksa kedua dua pasukan berentap menerusi sepakan penalti. yang pastinya tidak disukai peminat bola bola sepak.

#Keputusan Akhir memihak kepada Chelsea yang berjaya menewaskan Bayern Munich 5-4.



**jika dilihat pada analisa, Bayern Munich nampak lebih mengawal perlawanan , tetapi nasib lebih menyebelahi Chelsea. Peluang terbaik ialah pada minit ke 93 apabila Bayern hampir menjulang trofi kejuaraan apabila dihadiahkan sepakan penalti. Namun , ternyata bola itu bulat dan segalanya mungkin dalam bola sepal. Sukar meramal apa akan terjadi walaupun perlawanan hanya tinggal beberapa saat sahaja.


KEPUTUSAN AKHIR FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012


CHELSEA 1 (5)(4) 1 BAYERN MUNICH

Kredit : Blog Hafiz Rahman


#Man Utd xlepas..Bayern pon xlepas..ape nk jadi la tahun nih..adoih..=.=""





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...